Skip to main content

Najib Perli Isteri Bekerja Yang Kerap Mengandung

Cuti bersalin 5 tahun tanpa gaji tidak selesai masalah – Nik Aziz
Written by Maslan Yusoh           
“Cuti sehingga lima tahun, namun mereka tidak diberi gaji. Gaji hanya diberi setakat 60 hari sahaja. Dan selepas itu mereka akan mengandung lagi, jadi diberi cuti lagi.

“Ini macam tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan kakitangan wanita,” ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memberitahu kerajaan bersetuju melanjutkan cuti bersalin tanpa gaji bagi kakitangan sektor awam kepada maksimum lima tahun berkuatkuasa serta merta.

Jumlah cuti bersalin tanpa gaji itu boleh diambil secara terkumpul atau sedikit demi sedikit.
Bagaimanapun Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menganggap keputusan itu sebagai tidak praktikal kerana ia boleh menjejaskan prestasi kakitangan yang bercuti, serta mendatangkan kesan dari segi pendapatan keluarga mereka.

Selain itu ia akan membebankan kakitangan lain yang terpaksa menjalankan tugas mereka yang bercuti panjang.

Presidennya Cuepacs, Omar Osman dilaporkan berkata, sebenarnya cuti bersalin 84 hari dinanti-nantikan kakitangan awam wanita kerana ia lebih praktikal.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pada asasnya perempuan yang melahirkan anak perlu diberi rehat secukupnya dan Kelantan lebih awal lagi memberi cuti bersalin 60 hari sehingga ia menjadi ikutan pihak lain.

“Bagaimanapun kita mungkin akan baiki lagi. Arahan Pusat itu kita hendak tengok dahulu secara terperinci kerana kita tidak tahu kedudukan sebenar.

“Hendak beri cuti ini benda baik, tetapi cuti tanpa gaji diberi sehingga lima tahun boleh mendatangkan masalah. Sebaliknya selepas cuti panjang itu mereka boleh mengandung lagi,” katanya.

Kerajaan Kelantan juga sekarang sedang mengkaji bagi memberi cuti iddah yang bergaji penuh kepada kakitangan wanita yang kematian suami untuk membolehkan mereka mengurus rumah tangga dengan lebih sempurna. - mj

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.