Skip to main content

Mati di Jambatan Pulau Pinang di temui hidup di Selayang Baru, Batu Caves

Siapa sebenarnya yang mati?
keratan metro2
Menurut laporan Harian Metro keluaran hari ini, Isnin 29 Oktober, 2012 seorang pemuda  merasa seram sejuk bila menatap laporan Harian metro sebelum pertemuan dengan wartawan harian metro dirumah beliau di Selayang Baru, Batu Caves
'”Saya tak mati lagi, seram sejuk  badan saya bila awak cakap saya mati”, kata Sadisafizan Said.

sadisafizan said
Laporan menyebut, turut maut didalam kemalangan atas jambatan Pulau Pinang itu ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi.
Seorang lagi mangsa belum dikenal pasti, juga dipercayai warganegara Indonesia!
Sadisafizan Said berkata; “ Tapi saya tidak tahu bagaimana ia (kad pengenalan) boleh berada dalam simpanan lelaki itu. Saya tak kemana-mana dalam dua hari ini dan sepanjang malam tadi (kelmarin) saya hanya  tidur dirumah.

Sejak kad pengenalannya hilang 28 September tahun lalu (2011), beliau pernah menerima surat membeli sebuah motosikal  dan saman daripada pihak berkuasa tempatan berhubung kesalahan berniaga buah-buahan tanpa lesen.
Foto  Akhbar Metro Online


******************************************************************************
Kantoi   kantoi !    Kantoi!    Kantoi!  Kantoi!   Kantoi!  Kantoi!  Kantoi!  Kantoi!  Kantoi!

Orang lain kenyang, orang lain yang susah!   Inilah padahnya  bila kepentingan diri menguasai diri!  Ini bukan masalah kad pengenalan hilang, tetapi masalah  sindiket pemalsuan kad pengenalana yang wujud dinegara ini!
Jabatan Pendaftaran Negara pun sibuk menguruskan hal lain dari mengemaskini  data kematian dan kelahiran didalam negara yang memerlukan penumpuan lebih dari 100% keperihatinan. Sekarang ia telah menyusahkan Sadisafizan Said berkenaan ‘perkahwinan’ beliau dan hutang yang mungkin tertunggak dan saman dari PBT.
JPN perlu memikirkan sesuatu alternetif  untuk memelihara keselamatan pemegang kad pengenalan  demi tidak menimbulkan masalah pada masa hadapan.

Mungkin JPN boleh menyediakan hadiah kepada sesiapa yang memulangkan kad pengenalan yang dijumpai dengan nilai yang tertentu. Segeralah memikirkan bagaimana nak membatalkan kad pengenalan yang telah dilaporkan hilang. Mungkin  melalui akhbar-akhbar tempatan selain dari menggunakan sistem online yang ada pada JPN.
Janganlah banyak beralasan dari berfikir dan bertindak.   Lagi banyak beralasan lagi kenyang sindiket  pemalsuan kad pengenalan! Makin ramai yang akan kena seperti apa yang berlaku kepada pemuda yang bernama  Sadisafizan Said.

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.