Skip to main content

Perasmian Jambatan Lapan Pari

Demi Seorang  tua yang merayu seolah-olah Mendesak – akhirnya terhampar gah sebuah jambatan  yang  boleh diredah pelbagai kenderaan tanpa had muatan

Tok Guru
Tok Sadang, Kg Lapan Pari: Jambatan Lapan Pari hari ini telah dirasmikan  oleh YAB Menteri Besar Kelantan Dato Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat, didalam ucapan perasmiannya, Tuan Guru menyentuh tentang pengalaman beliau didatangi oleh penduduk yang sudah tua berjumpa dengan beliau dirumahnya meminta supaya dibuat jambatan baru kerana  jambatan yang ada sempit dan amat bahaya.
Tok Guru  mengatakan beliau amat terharu dengan peristiwa itu.

Tok Guru Rasmi Lepan Pari

Perkara yang turut disentuh oleh Tuan Guru ialah penggunaan peruntukan untuk sesuatu projek pembangunan. Walaupun nak buat pembangunan untuk rakyat, peruntukan itu mesti dikeluarkan mengikut peraturan yang ada kerana duit itu duit rakyat. Mesti jaga dengan amanah dan akan di tanya oleh Allah swt diakhirat esok.

Menteri Besar amat bersyukur akhirnya jambatan Lapang Pari dapat disiapkan juga, walaupun Kelantan dituduh negeri miskin dan tiada pembangunan. Tok Guru turut menyindir segolongan ahli politik yang hipokrit yang mereka hidup mewah, berulang-alik  melalui Lapangan Terbang Ismail Putra Pengkalan Chepa, tetapi mendakwa Kelantan miskin tetapi didalam masa  yang sama menafikan hak Kelantan terhadap royalti minyak Petronas.

cikgu
Penduduk sekitar Tanjung Baru, Madat, Tok  Sadang


jambatan lama
Ini adalah ikhtiar terakhir Ahli kariah Masjid Kuala Pak Amat, sebelum terbinanya jambatan yang ada sekarang
 


Foto Terbaru JLP dr arah PC_1345
Telahpun siap - Secara tidak rasmi ia telah dilalui sebelum Ramadhan lagi




Semoga Pentadbiran  Tuan Guru Menteri Besar Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah swt untuk terus memerintah Kelantan dengan teras Membangun Bersama Islam

Hari ini dengan rasminya Jambatan Lapan Pari boleh digunakan dengan selesa dan tidak lagi perlu menunggu giliran. Tahniah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dari pada Muara

dipetik dari pelbagai sumber  lagi artikel tentang jambatan lapan pari

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.