Wednesday, September 19, 2012

Pas Ada Hudud? Umno Tak ada Hudud Ke? Jadi, Apa Yang Umno Perjuangkan?

Sembang Pakatan RakyatLAGI HUDUD  PASSS
Dari nada ayat diatas – lagi hudud Pas, bermakna hanya Pas yang berjuang untuk melaksanakan hukum Hudud di Malaysia ini. Dengan erti kata lain Umno tidak berminat, tidak pernah berniat dan tidak pernah untuk mengizinkan sesiapa pun melaksanakan hukum yang berpaksikan Al Quran itu dibumi Malaysia tercinta ini?
Video diatas boleh ditonton di You Tube,  tidak diizinkan oleh pemilik untuk dimuatkan disini!
Inilah barisan pelakon-pelakon Lagi Hudud PAS!  Anda kenal mereka, sila beri nama sebenar jika anda mengenali mereka melalui rungan komen didalam blog ini. Terima kasih.
sembang hudud  (aji)
Pak Aji : Masalah Ibu tunggal, tak dapat nafkah pun ramai dari Kelantan.
            : Yang berkerja ditempat maksiat ramai wanita Kelantan juga!

    sembang hudud lelaki (sam)
      Sam  :Dato Aziz dah mula nyanyi lagu lama, ni  aku tak sabar nak dengar lagu-lagu ni!

sembang hudud lelaki (Rama)
Antara dialog didalam video  LAGI HUDUD PAS
Rama:  Jangan ikut pintu belakang, nanti orang kata jadi pengikut DSAI!

 sembang hudud lelaki sing
    Juara, 3 tahun berturut-turut  paling ramai penghidap aids!

sembang hudud  (wanita1)
   Sita : Teruk juga tu kan , kata Serambi Mekah!?

sembang hudud wanita  3

Pelakon hina hudud dan kerajaan Kelantan.
  Kalau guna hukum hudud pun tak jadi apanya….!
Diatas adalah pelakon-pelakon yang entah berapa ribu seorang dapat dari hasil lakonan memburuk-burukkan kerajaan negeri  Kelantan, terutamanya batang tubuh  Tok Guru Nika Aziz disebut secara menghina seperti kata pelakon lelaki ; “Dato Aziz dah mula nyanyi lagu lama”  , sepatutnya lelaki tersebut menyebut sekurang-kurangnya Nik Aziz untuk merujuk kepada Dato Nik Abdul Aziz, jika pun tak mahu menyebut Dato.
Juga turut disinggung mereka didalam video tersebut tentang ibu tunggal, dikatakan ramainya wanita Kelantan yang berkerja ditempat maksiat!
Mereka bercakap  tak berlapik sungguh, dan penerbit video itu wajib meminta maaf kepada semua rakyat Kelantan terutamanya dengan fitnah  itu.

No comments:

Komen