Skip to main content

Belajarlah Membina Kekuatan Dalaman, Jangan Salahkan Angin Bila Rumah Kita Bergoyang

Umno-BN dalangi cubaan guling MB Selangor?

 

PETALING JAYA: Umno-Barisan Nasional (BN) dipercayai mendalangi usaha memecahbelah perpaduan di kalangan ahli-ahli politik di Selangor dengan menyebar khabar angin, yang terbaru kononnya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berusaha menggulingkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

      Tajuk artikel seperti diatas memang senang untuk divokalkan, tetapi lama kelamaan ianya akan memakan diri sendiri! Kepada Kepimpinan pembangkang adalah disyorkan elakkan membuat kenyataan yang berbentuk murahan dan tiada nilai politik langsung.

     Jika diperbesar-besarkan pernyataan seperti tajuk diatas ia menggambarkan pas atau pkr (dalam masalah ini) menampakkan PKR memang benar-benar bermasalah!  

    Biarkanlah BN dengan kerja dia, memang dah tugas BN melaga-lagakan sesiapa saja selagi mereka tidak dapat buah kelapa! Bila dapat buah kelapa mereka akan pulas, dan pulas dan pulas sehinggalah buah kelapa itu gugur kebumi! Itulah Beruk namanya. Kerja beruk ialah memanjat kelapa. Pulas biji kelapa! 

       Cubalah membaiki diri dan bina  kekuatan dalaman, hindarkan bermusuhan sama ada secara senyap atau terbuka. Kalau macam ni.. setiap hari setiap masa sepanjang masa asyik bertengkar dan bercakap politik bila rakyat nak percaya dengan PR?

      Memang kita tahu bahawa BN yang mempunyai gendang dan mereka jugalah tukang palunya tetapi PR tidak seharusnya mengikut rentak paluan gendang itu. Lebih baik biarkan sahaja gendang itu dan segala masalah yang ada selesaikan secara berhemah dan berilah peluag kepada MB sekarang selesaikan tugasnya sehingga habis penggal ini! Kalau tak setuju Tan Sri Khalid jadi MB sepatutnya dari awal lagi tidak dilantik beliau sebagai MB. 

     Janganlah memberi ruang kepada BN sepak terajang PR, cubalah jadi pemimpin yang berhemah! Jauh memandang kehadapan!

   Rakyat menanti dengan penuh debaran untuk melihat PR memerintah Malaysia, tetapi jika beginilah gayanya.... tak tahulah... jangan  nanti rakyat beralih arah... macam lagu Aishah pula.

   Kalau Tan Sri Khalid tak tahu ajarlah untuk sementara waktu ini. Satu pasukan satu matlamat! Bukankah itu yang dijanjikan dulu dan sudah disepakati? Hentikan semua pertelagahan. Bina kekuatan sekarang. Hayun langkah baru, berjanjilah pada rakyat bahawa PR  tidak seperti BN, bukan sekadar janji dimulut! 

    Tak payahlah saya sebut pasal Azmin Ali, sejarahnya sama panjang dengan Ezam kotak. Dari segi perjuangan memang Azmin yang layak pegang jawatan MB atau pun Dato Hassan Ali. Tapi perkara itu dah berlalu. Biarkan susun matlamat baru untuk Selangor Baru.


Comments

sebenanrya isu ini snegaja dimainkan oleh oleh media arus perdana yg pro-BN. Pimpinan PR sepatutnya wewujudkan kesatuan fikiran dan tindakan dalam segenap aspek. Jikai ni berlakuj, insya-Allah PR mampu pertahankan Selangor sebagaimana mampu pertahankan kelantan.

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.