Wednesday, March 16, 2011

Halalkah Roti Canai Yang Kita Makan?

Anda Suka Makan Roti Canai??

Roti  Canai! Satu nama sarapan pagi yang utama di Malaysia! Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai berbagai bangsa didalamnya  yang secara langsung membentuk satu komuniti penduduk yang tidak jauh dari segi amalam pemakanan mereka!
Mengikut satu kajian, roti canai bukan asal dari india, tetapi  penebar roti canai ramai dikalangan  India dan India muslim dan  mamak!

Telur Yang Sedang Dicuci 


 Roti Canai mempunyai berbagai jenis dan campuran, ada roti canai kosong, telur, sardin , pisang dan berbagai  jenis lagi mengikut permintaan penggemar roti canai yang sentiasa berubah citarasa!
Apa yang nak disentuh disini ialah kebersihan pada penyediaan sebelum roti canai itu boleh dimakan terutamanya pada roti canai yang dicampur telur atau dengan nama roti telur!
Kerana kita tahu roti telur sudah tentunya roti tersebut dicampur dengan telur ayam yang dipecahkan ditepi  ‘piring besi’ ketika roti sedang panaskan diatas piring tesebut.
 Ketika sedang membuat roti canai, seseorang penebar roti canai hanya mengambil telur yang telah berada berhampiran dengan piring  besar  tempat membakar roti tadi.
Seandainya telur tidak dibasuh terlebih dahulu sudah tentu ramai yang akan terkena dan makan roti canai yang terkena  najis tahi ayam yang melekat pada telur ayam tersebut. Termasuk juga  mereka yang tidak makan roti telur tadi. Kerana tangan yang sama juga yang memegang telur ayam tadi yang menebar roti kosong itu! Penebar hanya mengelap tangan mereka dengan apron atau kain yang ada berdekatan dengan dapur sahaja!
Oleh itu berhati-hatilah ketika singgah di mana-mana gerai roti canai, perhatikan bekas telur mereka berada didalam bekas yang macam mana? Sama ada masih didalam sarang telur atau sudah dimasukkan
Telur Yang Sudah Dibasuh/dicuci
didalam  bekas atau raga plastic?  Kalau telur tersebut kelihatan berada didalam bekas plastic yang berfungsi sebagai tapisan boleh lah diandaikan telur tersebut sudah dibasuh atau dicuci!
Islam melarang keras penganutnya memakan benda kotor dan haram seperti  yang ditegaskan didalam alQuran

1 comment:

fRaMe+LenSeS said...

pilih jugak kedai nak makan.. buken men hentam ja.. takut aih..

Nadh datang melawat ni.. ;)
Assalamualaikum
Si Pendusta CInta

Komen