Skip to main content

Boleh Dijadikan Hujah kepada Idris Jusoh..., katanyaa Pas yang Celaru...?


Mengapa MCA, bukan Umno anjurkan seminar hudud?

PAS merasa hairan, apabila BN yang dipimpin Umno mengizinkan rakannya MCA menganjurkan seminar hudud. Manakala Umno, teras BN yang dinobatkan para pemimpinnya sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia, tidak tampil ke hadapan untuk memperkenalkan hukum Islam yang diwajibkan kepada penganut Islam walaupun memimpin negara.

Apabila PAS meluluskan undang-undang syariat di Kelantan dan Terengganu, termasuk sebahagiannya hukuman hudud, pemimpin Umno melabelkannya sebagai “hudud PAS” bukan hudud Islam. Ini mendorong Perdana Menteri pada masa itu menulis surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan untuk bertindak sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

Apabila undang-undang jenayah syariat yang sama diluluskan di negeri Terengganu oleh kerajaan pimpinan PAS juga, seorang daripada kalangan ahli Majlis Tertinggi Umno telah menfailkan saman di mahkamah bagi menghalang perlaksanaannya.

Barangkali langkah inilah menjadikan MCA agak keliru, manakah undang-undang hudud Islam yang sebenar atau itulah kefahamannya mengikut penjelasan Umno.

Bagi PAS, undang-undang hudud adalah sebahagian kecil daripada syariat Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. serta ijma para ulama salaf dan khalaf.

Perkataan hudud dalam bahasa Arab adalah batas sempadan yang ditetapkan oleh Allah yang tidak boleh dipertikaikan kewajipannya secara beriman dan wajib yang tidak boleh diragui oleh seseorang yang beriman.

Walaupun hanya peratus yang kecil daripada al-Quran dan hadis yang menyatakan hukum Islam yang luas, meliputi urusan ibadah dan cara hidup seluruhnya seperti sembahyang, maka perintah  yang wajib tidak boleh dipertikaikan.
Walaupun undang-undang syariat itu tidak termasuk daripada rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji, tetapi undang-undang syariat yang dinaskan termasuk daripadanya hukum hudud.

Ia menjadi perintah wajib kepada pemimpin negara yang beragama Islam seperti juga hukum nikah kahwin yang tidak termasuk juga daripada rukun Islam dan rukun iman, namun pelaksanaannya wajib juga kepada individu Muslim yang mampu dan perlu berkeluarga.

PAS menyedari bahawa pelaksanaannyatidak mudah kerana prasyarat dan syaratnya yang banyak dan ketat. Hukumannya tidak boleh sewenang-wenang dan dipermudahkan. Namun hukumannya sangat menggerunkan dan menakutkan penjenayah, bakal penjenayah dan yang tidak berhasrat melakukan jenayah.

Inilah kehebatan undangundang Islam kerana hikmah hukum Islam lebih bersifat mendidik masyarakat daripada berusaha menjatuhkan hukuman, bukannya seperti undang-undang jenayah ciptaan manusia yang tidak menggerunkan penjenayah sehingga berani masuk ke dalam rumah mantan ketua polis negara.

Islam menggalakkan penjenayah hudud bertaubat dan bermaafan. Ia lebih baik daripada di bawa ke mahkamah. Hakim pula berusaha supaya tidak menjatuhkan hukuman sekiranya ada sedikit kekeliruan atau diturunkan kepada hukuman takzir yang lebih ringan.

Di atas konsep ini maka Khalifah Umar tidak menjatuhkan hukuman hudud terhadap pencuri di tahun kemarau dan meleset, bukannya Khalifah Umar membatalkan hukum hudud seperti anggapan kalangan penganut ajaran sesat yang berdalih untuk menafikan hukum Islam.

Bagi menunaikan kewajipan yang berat ini, maka PAS mengambil tanggung jawab beriman dan beragama dengan ikhlas, memulakan langkah sebaik sahaja memerintah Kelantan dengan majoriti besar pada tahun 1990 dengan mengemukakan rang undang-undang jenayah syariah Islam, termasuk hudud dengan melibatkan pemimpin PAS yang pakar dalam undang-undang, ilmuwan pusat pengajian tinggi dan pengamal undang-undang.

Seterusnya rang undang-undang itu dibentangkan kepada umum di kalangan semua parti politik termasuk wakil BN dan  badan bukan kerajaan (NGO). Ia kemudian dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan dan diluluskan. Perkara yang sama juga dilakukan selepas mendapat kuasa di Terengganu.

Apabila Kelantan terus dipimpin oleh PAS, maka kerajaan Kelantan menganjurkan seminar secara tahunan, bukannya pada musim pilihan raya bagi memberi kesedaran secara beragama Islam yang sempurna.

Politik adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam yang tidak boleh dipisahkan. Inilah pendekatan PAS mengikut senarionya.

Sudah tiba masanya untuk undang-undang jenayah syariah dilaksanakan setelah melihat kegagalan undang-undang warisan penjajah mengatasi kemungkaran yang menjadi gejala sosial yang parah.

Hukum syariah dihapuskan oleh penjajah yang menakluk rantau ini dengan menggantikannya dengan undang-undang Barat setelah merampas kuasa pemerintahan Islam sepenuhnya daripada raja-raja.

Hukum Islam dibataskan mengikut bidang kuasa yang sangat terhad. Setelah negara mula mencapai kemerdekaan, Umno yang diberi peluang memerintah negara hingga kini mengekalkan sistem perundangan zaman penjajah.

Masyarakat Islam yang telah lama ketinggalan mengenai kefahaman Islam terus dikongkong oleh pengajian agama bertauliah yang terhad dengan hukum fardu ain yang berkait dengan urusan peribadi dan keluarga.

Ini menjadikan mereka tidak ada pengetahuan langsung berkenaan hukum Islam yang merangkumi segala masalah, termasuklah undang-undang jenayah Islam.

Apabila undang-undang jenayah Islam diperkenalkan selepas merdeka, ramai yang melenting kehairanan, termasuklah yang bertaraf imam masjid dan surau yang tahu membaca al-Quran dengan tajwid yang baik tanpa mengetahui makna dan tafsirnya.

Di peringkat awal tahun 1950-an, seterusnya 1960-an sehingga 1970-an, tercetus kata-kata, ucapan, penulisan dan kartun-kartun yang mempersendakan hukum Islam yang berkait dengan jenayah khususnya hukum hudud.

Apabila para ulama dan pemimpin PAS memberi peringatan mengatakan perkara-perkara tersebut adalah berkait dengan batas-batas iman dan kufur, malangnya PAS telah dikepung oleh Umno melalui media mereka dengan isu kafir mengkafir.

Ramai kalangan pemimpin dan ahli PAS yang menjadi mangsa tindakan dan fitnah. Akhirnya kalangan agamawan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertanggungjawab melaksanakan amanah ilmu menerbitkan kitab Mustika Hadis jilid pertama.

Maka isu ini menjadi reda. Hanya segelintir yang masih jahil murakkab (jahil yang bertimpa-timpa) sahaja masih menerima pakai hujah lama.

Apabila perkara Islam menembusi tembok yang memisahkan masyarakat majmuk, maka perbincangannya melibatkan kalangan bukan Islam.

PAS yang bertahaluf siyasi (mengadakan kerjasama politik mengikut batas hukum Islam) dengan pihak bukan Islam. Walaupun kerjasama diutamakan dalam perkara titik persamaan dari segi kemanusiaan, keadilan dan hak sejagat yang diakui oleh Islam dan pihak lain, namun perkara yang berbeza mencetuskan perbincangan dan pertelagahan.

PAS tidak hairan sedikitpun kalangan bukan Islam mambuat kenyataan terbuka tidak bersetuju dengan undang-undang hudud, kerana perkara yang sama ditimbulkan di zaman Rasulullah s.a.w. oleh kalangan bukan Islam yang berada dalam masyarakat Islam di masa itu.

Maka Allah menurunkan ayatayat yang banyak dalam surah al-Nisa', al-Maidah dan lain-lain bagi panduan kepada orang yang beriman supaya istiqamah dengan agama mereka iaitu Islam.

Di masa yang sama, penganut Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam, bukan sahaja dalam perkara agama yang mereka anuti, termasuk dalam perkara adat dan undang-undang yang berkait dengan hak beragama termasuk dalam perkara jenayah. Allah menurunkan firmannya dalam surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud: “Jika mereka (orang bukan Islam) datang kepadamu (untuk meminta diadili), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak akan memberi mudarat kepadamu sedikitpun, dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.”

Bukan semua kalangan bukan Islam tidak bersetuju dengan undang-undang jenayah Islam, ada juga yang bersetuju.
Beginilah benarnya kenyataan al-Quran. PAS pernah menganjurkan seminar perundangan Islam yang berkait dengan undang-undang jenayah antaranya undang-undang hudud. Parti-parti komponen BN turut dijemput tetapi mereka tidak hadir. Itu hak mereka.
Sepatutnya Umno yang memerintah negara di peringkat negerimdan pusat mengambil tanggung jawab mengadakan perbincangan dalam isu ini, bukannya MCA. Kita tidak tahu apakah peranan ulama Umno dalam perkara ini, sehingga MCA terpaksa menganjurkan seminar secara bersendirian?

Umno tidak sepatutnya membiarkan rakan akrabnya MCA mencabar DAP dalam isu hukum hudud. Sepatutnya ulama Umno telah selesai memberi penjelasan kepada rakan mereka.

Mudah-mudahan ulama itu tidak menjadi tikus yang terdiam apabila berada dalam gedung beras yang mengenyangkan dan menidurkan tikus.

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m