SELAMAT JALAN UMNO!!! PERGI MU TIDAK KU KESALKAN!!!...JOM 901
Bahtera BN sudah sampai ke penghujung jalan, dan sudah tidak keruan. Layarnya sudah putus di terbangkan angin, manakala lantainya sudah banyak yang pecah-pecah. Erti kata lain, ia sudah hampir benar tenggelam.
Rakyat hanya mahu melihat Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang adil dan saksama untuk semua puak dan kaum. Justeru, yang paling relevan sepanjang zaman sudah tentulah parti yang memperjuangkan keadilan semua pihak. Dan yakinlah, bagi umat Islam, bahawa Islam adalah agama yang paling adil.
Usah bicara tentang Islam kerana Umno tidak menunjukkan minat untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Umno gagal membela Melayu dan lebih gagal lagi parti sekular ini di dalam mendaulatkan Islam. Umno kehilangan Melayu dan Islam. Ini adalah kerana Umno hanya mementingkan Melayu sehingga mengenepikan Islam.
Justeru itu, kita tiada pilihan selain dari memilih PAS yang meletakkan Islam jauh lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Kesimpulannya, jika kita sayang kepada Melayu, kita mestilah terlebih dahulu mematuhi ajaran Islam. Melayu hanya boleh selamat dengan Islam bukan dengan Umno
Sejarah lampau boleh dijadikan bukti bahawa selama lebih kurang 50 tahun Umno berkuasa di negara ini, di mana letaknya kehebatan orang-orang Melayu? Apakah Melayu di negara ini menguasai ekonomi? Di dalam senarai 10 terkaya di negara ini, berapa orangkah Melayu di situ? Ini bukti jelas betapa Umno gagal menyelamatkan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu di negara ini seperti merempat di negara sendiri. Masalah kemiskinan, pendidikan dan masalah sosial di negara ini dijuarai oleh kaum Melayu.
Rakyat sedar dengan segala penyelewangan dan pengkhianatan Umno selama ini. Umno lah perosak agama, bangsa dan negara. Rakyat yang cerdik dan faham akan menjauhi Umno dan sekaligus akan melenyapkan BN dari muka bumi.
Segala penyelewengan pengkhianatan Umno terhadap Melayu sejak memerintah negara 54 tahun lalu telah dilondehkan dan rakyat terdidik tahu bahawa selama ini Umno telah memijak lunyai agama demi perut, bangsa demi harta dan negara demi kuasa.
dari halaman:
Comments