Skip to main content

Himpunan Hijau - Ustaz Azhar Idrus Hanya Umpan?

 Tuduhan Oleh Blogger Pro Umno ....

Blogger tersebut menulis; "Inilah gambar-gambar perhimpunan Hijau yang dibanggakan oleh PAS serta puak-puak fanatiknya. Peliknya, jika PAS benar-benar kuat dan kukuh sokongan dari kalangan 'peminat'nya.. kenapa perlunya menjemput lelaki yang bernama Azhar Idrus?"

     
Najib dah Ketaq Lutut
(Disinilah hakikatnya mereka dari spesis sang 'anggukan' atau 'yess boss' tak boleh memahami sikap dan cara ahli-ahli Pas dan pimpinan memimpin dan menjalankan kerja dakwah bukan terpikul diatas bahu Presiden seorang sahaja, malah tugas dan tanggungjawab tersebut terpikul diatas bahu ahli yang mengaku mereka  orang Islam (termasuk blogger yang pro umno walaupun tidak ahli Pas) termasuk juga anggota unit amal, ketika menjalankan tugas diwaktu Himpunan berlangsung.  Berdakwah wajib kepada semua

Apa yang blogger umno nak sampaikan ialah program  pada hari tersebut tidak perlu menjemput Ustaz Azhar Idrus, demi membuktikan bahawa yang datang pada hari tersebut benar-benar kerana nak berhimpun kerana Tuan Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz semata-mata. Inilah orang-orang umno tak faham isu yang sebenar!  Kita ahli-ahli Pas kalau pergi ketempat ceramah bukan semata-mata kerana individu yang menyampaikan ceremah tersebut, tetapi isu apa yang nak diperkatakan pada ceramah tersebut, sebab nak buat pahala, ada tip yang boleh bawa balik)

 
Sudahlah Azhar Idrus diharamkan memberi ceramah agama di Kelantan atas sebab tak bertauliah. Cerita versi lain pula, Azhar Idrus kacau periuk nasi penceramah PAS di Kelantan.
             
(Persoalan yang kedua pulak dibangkitkan pasal Ustaz Azhar tak boleh bagi ceramah di Kelantan. Agaknya blogger pakai hidung  untuk mencari sumber berita, baru-baru ini penuh Medan Ilmu bila Ustaz Azhar Idrus datang buat ceramah dan soal jawab sempena Program Pelanacaran Tahun Melawat Kelantan tu bukan Ustaz Azhar ke?)


Akhir sekali blogger ini mengakhiri tulisannya,
Persoalannya, adakah ramai-ramai yang hadir itu untuk PAS ataupun untuk Azhar Idrus? Bukankah Haji Hadi dan juga Nik Aziz agamawan? Kenapa perlunya Azhar Idrus? Perhimpunan seterusnya, cuba laksanakan tanpa menjemput Azhar Idrus, ada berani ke PAS?


(Inilah maksud saya tadi blogger ni tak faham, ilmu, pengetahuan, pelajaran tak kira siapa yang mengajar boleh diambil dan guna untuk dunia dan akhirat, kalau Najib nak mengajar boleh juga, nak ajar bab apa hudud, minum arak, atau hukum membunuh?  Pentas ceramah Pas bukan milik Presiden, bukan milik Mursyidul Am, tapi milik Aisyah juga, milik Bob Lokman juga dangkal dan longgarnya fakta  diatas)

Artikel Asal



Comments

d-na said…
setuju .
utk meramaikan perhimpunan hijau di stadium darul aman , tak perlukan artis k-pop pun . mereka yang datang berhimpun , semuanya mahukan ilmu yang boleh dapat daripada ustaz dan ulama' . mereka ( para blogger ) berkata seolah - olah terlupa bahawa tok guru nik aziz merupakan seorang ulama' ..

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.