Skip to main content

IKHLASKAH MUSTAPA MUHAMED KEPADA RAKYAT KELANTAN BILA MENGATAKAN...

  .... beliau tidak yakin kerajaan negeri dapat melaksanakan projek itu kerana ia melibatkan peruntukan besar dan pelaksanaannya di luar kemampuan kerajaan PAS.

(kerana didalam kepala Mustapa hanya BN umno sahaja yang ada duit, kerana Allah bagi duit kepada orang-orang umno sahaja, tak baca lagi soal royalti. Ikhlas kah  nak bantu rakyat Kelantan? Banyak sangat alasan untuk tidak membantu, sedangkan bila-bila masa saja boleh gunakan status sebagai menteri mengatakan kepada PM bahawa gas mesti didaratkan di Kelantan, royalti mesti diberi kepada Kelantan!)



Mustafa menambah lagi, bahawa pembinaan lebuhraya tersebut adalah sebagai gimik politik Pas semata-mata.

(kerana Mustafa Muhamed menganggap hati perut orang lain (luar dari umno) sama juga dengan hati perut mereka(umno) suka menipu, berbohong, rasuah  dan HIPOKRIT)

Kerana kalau umno buat  mesti buat singbord besar-besar  supaya rakyat semua nampak walaupun sekadar gali parit atau buat telaga

Namun Tok Guru berlainan nadanya bila beliau dipetik sebagai berkata; “Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

 Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” kata Husam Musa


 Seorang lagi regu kepada Mustapa, yang sudahpun tewas sebagai calon Menteri Besar  sewaktu pilihanraya Umum 12 dulu,  Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang berasal daripada Bachok juga anak Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin pula berkata pembinaan lebuh raya melibatkan perbelanjaan yang besar dan tidak ada lebuh raya dilaksanakan oleh negeri secara persendirian.

 (Masalahnya ialah negeri lain mengharapkan wang masyuk, kalau buat sendirian duit yang masyuknya tak cukup makan abang Adek  oii!. Kau orang semuakan suka duit, tak ada duit tak jalan projek!  Lebuh Raya  Kuala Krai ke Kota Bharu ni Lebuh Raya Rakyat, rakyat menampung sedikit sebanyak, lebih berkat hendaknya sebab ia terbina dengan jerih-perih  usaha rakyat  sudah tentu tak ada duit yang boleh masuk poket kerana duit cuma cukup-cukup untuk beli kuari contoh! Agaknya kalau BN buat dapat ke dalam harga RM1.8 bilion pada jarak 73km tu?.)


“Walaupun ada syarikat yang mampu, ia perlu membuat pinjaman daripada bank dan bank tentunya nak tahu syarikat itu nak ambil duit daripada mana untuk bayar balik pinjaman," Awang Adek.


(Kenapa kamu tak tolong, jika ikhlas tolonglah cari dana, bantu kerajaan negeri, baru nampak ikhlas)

“Kerajaan Kelantan hari ini pun banyak bergantung kepada kerajaan pusat dalam menggerakkan ekonomi negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan di Kota Bharu.

(Kalau dengan bahasa harian  maksud kata-kata diatas ianya popular di Kelantan dikalangan penyokong umno ialah, nak bayar gaji pun tak ada duit, inikan pulak nak buat Lebuh Raya!)



 

 Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.

(Semoga dengan duit sumbangan rakyat ramai tersebut akan lebih memberkati lagi kehidupan rakyat Kelantan dibawah teraju Menteri Besar  Nik Abdul Aziz Nik, semoga hasrat Tok Guru dan rakyat semua dapat direalisasikan pada tarikh yang dijangkakan nanti, insyaAllah)
Muara

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m