Skip to main content

SEGENAP PENJURU UMNO DITIKAM

Buktinya ini.... "Guru terpaksa pura-pura sokong Barisan Nasional 

 Terdapat laporan dari sebuah blog yang melaporkan bahawa sebahagian guru-guru sekolah  terpaksa,  "berpura-pura memberikan reaksi yang positif atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong Barisan Nasional"

Pandangan ini diambil dari satu email yang di hantar oleh sahabat kepada blogger Milo Suam. Email tersebut dihantar bersama-sama dengan borang soal selidik tahap kepercayaan kakitangan awam terhadap Najib keseluruhannya

 

Sebuah email yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan sebuah borang kaji selidik yang diberikan kepada isterinya yang merupakan seorang guru. 

Borang itu menurutnya merupakan satu tinjauan yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk melihat apakah kedudukan sokongan para guru terhadap Barisan Nasional masa kini.

Pelbagai usaha dibuat untuk menyiasat dan menganalisis kekuatan Barisan Nasional di dalam memenangi PRU13. Risikan Polis dan tentera telah digunakan. Salah satu usaha yang dapat dikesan ialah melalui pelbagai borang kaji selidik


Sahabat pembaca ini menjelaskan bahawa isterinya terpaksa berpura-pura memberikan reaksi yang positif atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong Barisan Nasional

Rakyat sudah semakin sedar, dan sudah bijak menilai. Rakyat kini bukan lagi rakyat yang mudah dimakan oleh isu yang ditaburkan  oleh Kerajaan yang memerintah hari ini kerana sampai bila kerajaan Umno hari ini nak hidup dengan cara berselindung disebalik daun sehelai untuk menutup segala kepincangan, segala kecelaruan didalam sistem pemerintahan negara, sehinggakan soal nak  letak tarikh pilihanraya pun nak bermain teka-teki dengan rakyat. Sekarang rakyat sudah faham dan berani mempertikaikannya  apa bila penulis blog ini menulis;
 
"Apabila ditanya "bilakah tarikh PRU13?", tidak ada seorang pun di Malaysia yang mampu menjawab atau mengagak dengan tepat. Tidak kiralah pakar politik, penganalisis hebat, dukun, bomoh mahupun ahli nujum"

"Sikap Najib yang teragak-agak untuk mengumumkan tarikh pilihanraya juga menunjukkan betapa lemahnya beliau di dalam membuat keputusan. Ternyata Rosmah jauh lebih bijak membuat keputusan berbanding pemimpin lemah seperti Najib".

"Bilakah sebenarnya PRU13 akan diadakan? Tentu sekali Najib Razak akan membubarkan parlimen sebaik sahaja beliau yakin bahawa Barisan Nasional akan menang besar dalam PRU13".


Persoalannya BILA? Sampai bila Tarikh itu nak dijadikan 'KAPAK BUKUH' oleh Najib? Atau oleh Kerajaan Barisan Nasional?


kredit buat sahabat, terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.