Skip to main content

Dakwa Adun hilang akal: Mana keris pemuda Umno?

(Sudah Digadaikah Keris Pusaka Mu Itu?)

Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar bawah) kepada seorang Adunnya di Johor.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari berpandangan, Umno, khususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya kerana mencadangkan hukum hudud  dilaksanakan diperingkat negeri di Johor.


"Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa Umno, khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu.
Ini ekoran kenyataan Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN Umno Johor sebagai out of his mind  atau hilang akal.

Ia berikutan cadangan ADUN tersebut, Datuk Ayub Rahmat yang disuarakan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu agar Johor menjadi negeri yang pertama  (walau dalam sejarah Malaysia Kelantan lah yang membuat draf berkenaan hudud dan dililuskan didalan Dewan Undangan Negeri) melaksanakan hudud mendahului Kelantan.

Perkataan hilang akal, katanya, juga boleh diertikan sebagai gila dan kurang siuman itu merupakan satu perkataan yang sangat serius dan ia dilontarkan oleh presiden sebuah parti secara terbuka dan disiarkan di dalam akhbar The Star melalui laman webnya pada 3 Julai 2012.
Bahkan di dalam masa yang sama Chua Soi Lek menyebut dengan tegas bahawa 'MCA will definitely object' (MCA dengan pastinya akan membantah).

Fadli (gambar) bertanya, di mana pula NGO-NGO pro Umno yang selama ini mendakwa kuat menyokong perjuangan memartabatkan Melayu, Islam dan Raja?
Ustaz Fadli Shaari
"Kenapa tidak diadakan perarakan dan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenyataan Chua Soi Lek ini?" soal beliau.
Bagi pihak PAS, katanya, kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh pemimpin utama PAS menyokong cadangan ADUN Umno Johor ini.


"Namun di pihak Umno, kelihatan pemimpin-pemimpin utama diam menikus 'dijerkah' oleh Presiden MCA," sindir Fadli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan.
Beliau seterusnya bertanya, di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu?

"Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?" terjah beliau.
Jika Umno khususnya pergerakan pemudanya terus berdiam diri dalam isu ini, DPPNK berpandangan amat sesuai Umno dan seluruh kepimpinannya disifatkan sebagai dayus dan tidak bermaruah.

JERKAH -  ucapan yg kasar dgn suara yg keras (utk menakutkan atau mengejutkan), teng­king, herdik, sergah; menjerkah mengucapkan sesuatu dgn kasar dan keras, menengking, mengherdik, mem­bentak. Makna Jerkah dirujuk pada DBP

Dipetik dari Harakahdialy

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m