Skip to main content

APAKAH SEBENARNYA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PERKASA ? , MARUAH BANGSA? ATAU MARUAH ISLAM ATAU ....

Salam Sejahtera Untuk Semua!


Pada 10Mei yang lalu Sinar Harian melaporkan;

Kerajaan tidak perlu layan tuntutan di luar dasar
PASIR PUTEH - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meminta Kerajaan pusat agar tidak melayan sebarang bentuk tuntutan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan peruntukan sekiranya ia tidak selari dengan dasar kebangsaan. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, agihan peruntukan untuk projek pembangunan mesti selari dasar kebangsaan jika kerajaan benar-benar mahu membangunkan bangsa dan negara.

Menurutnya, melayan tuntutan sedemikian bukan sahaja menyebabkan dasar kebangsaan gagal malah memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang. “Sebagaimana perlaksanaan undang-undang seperti arahan mematuhi lampu isyarat, sekiranya pesalah diberi kelonggaran maka orang ramai tidak menghormati undang-undang itu sendiri dan tragedi akan berlaku nanti. “Bukan tidak boleh membantu tapi ia tidak wajar membabitkan peruntukan terlalu besar,” katanya selepas melancarkan penubuhan Perkasa Daerah Pasir Puteh di Dewan Besar Kamil, di sini, semalam.


Inilah dia wajah yang mendakwa dirinya adalah pejuang bangsa! Boleh diterimakah pengakuan seperti itu? Untuk membuktikan bahawa Berahim ni betul ke tidak seorang pejuang bangsa cuba telitilah kata-kata beliau seperti yang  dilaporkan Sinar Harian  10 Mei lalu!
“Sekolah yang bukan dalam arus perdana tidak wajar menerima peruntukan terlalu besar sehingga rakyat melihat perlaksanaan dasar sebagai tergugat atau gagal,” katanya.                                                                                              Apa yang mahu dimaksudkan oleh Berahim dengan Perlaksanaan Dasar yang gagal atau Peruntukan yang Besar itu? Kata-kata Berahim tersebut tak  ubah seperti mengampu pucuk pimpinan Umno untuk mendapatkan habuan pada pilihanraya ke13  nanti!. Atau dengan kata lain 'dari bagi kat sekolah cina baik bagi kat aku ', dapat juga aku buat persiapan untuk pilihanraya umum ke13 nanti!

Apa yang tersirat disebalik kenyataan Berahim itu ialah ekoran dari janji Najib pada dua pilihanraya kecil yang lalu! Pertama di Hulu Selangor dan kedua di Parlimen Sibu. Walaupun menang di Hulu Selangor.. tapi Berahim tak puas hati sebab kawasan majoriti Cina BN kalah.. Jadi melompatlah Berahim kerana tak puas hati.. biasalah spesis gemar melompat... sikit-sikit melenting! 

Najib berjanji.. Hulu Selangor 3juta... Di Sibu 5juta... Sedap je Najib melabur...! Itulah keluar kenyataan Berahim Kerajan tak perlu layan tuntutan diluar dasar pembangunan negara!

Sebenarnya apa yang Berahim maksudkan ialah supaya kerajaan tidak memberi bantuan kepada sekolah bukan bantuan penuh kerajaan bila beliau menyatakan;
“Sekolah yang bukan dalam arus perdana tidak wajar menerima peruntukan terlalu besar...."
Disinilah satu kesilapan besar yang Berahim lakukan, Melayu dah tak percayakan beliau apatah lagi kaum Cina! Bukan sekolah arus perdana! Apa maksud bukan sekolah arus perdana? Maksudnya ialah tuan-tuan dan puan-puan sekolah yang diberi nama selain dari Sekolah Kebangsaan sama ada rendah atau menengah!  

Jadi syor yang dibuat oleh Berahim itu telah meranapkan harapan orang Melayu Islam bila ia tekena kepada sekolah agama yang tidak bernama sekolah Kebangsaan, dari mana peruntukan nak diambil jika tidak dengan kerajaan pusat? Jadi disini jelaslah kepada kita siapakah sebenarnya Berahim Ali!
Seorang pejuang Melayu kah,  atau sekadar membuat jeritan supaya   Najib perasan , atau hanya satu individu yang suka buat lompatan jarak jauh.. cumanya sekarang lompatan yang dibuat belum masuk longkang lagi. Sudahlah Berahim. Kamu memang tak pegang pada janji. Orang macam Tok Guru kamu boleh memperolok-olokkan, kalau rakyat biasa apatah lagi. Dulu kamu kata; tak apalah la ni ambo dudok tangga dulu, lepas ni....! nampaknya lepas ni  kamu lompat kebawah  tangga, bukan kamu lompat keatas bendul bersimpuh didepan Tok Guru, tapi kamu melawan Tok Guru...!

Adakah naluri untuk mempertahankan Islam dihati Berahim Ali. Mulut celupar mengeluarkan pernyataan itu hanya memerangkap diri sendiri dan juga Umno. Bila bantuan untuk sekolah bukan arus perdana disekat..(Sekolah agama dah lama disekat) ia akan mengundang perselisihan yang berpanjangan dikalangan rakyat yang berbagai anutan agama! Walau pun kita tahu  perlembagaan memberi jaminan hak masing-masing.

Kita minta Berahim tidak lagi menjadi jurucakap kepada kumpulan yang suka melompat. Janganlah lagi menambah perpecahan dikalangan orang Melayu (dengan menubuhkan perkasa , mtrk) Kamu akan dipersoalkan diakhirat esok.



 


Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.