Skip to main content

PASAR BEREK 12 - NAK KEKAL DENGAN WAJAH ITUKAH?


Salam Sejahtera Untuk Semua!
Kota Bharu – Pasar Berek 12, adalah pasar yang  memang dikenali oleh penduduk sekitar Kota Bharu hatta seluruh penduduk Kelantan!
Ianya sinonim dengan penjawat awam atau mereka yang bekerja pada waktu pejabat. Kerana pasar berek 12 dibuka dari awal  pagi hingga lewat petang.
Keadaan pasar yang hampir dengan jalan Hospital, terletak hanya 1 km dari HRPZ11 memudahkan warga KB untuk membeli barang keperluan dapur, seperti sayur dan lauk-pauk!





Cuma apa yang seharusnya tidak dibiarkan selama-lamanya ialah:
1.       Keadaan Pasar yang agak sesak
2.       Laluan masuk ke pasar yang agak sempit
3.       Sampah yang tidak di bersihkan (gambar dirakam waktu pagi)
4.       Keadaan Pasar yang sudah uzur


Diharap MPKB BI dapat membaiki infrastruturnya agar sesuai dengan slogan membangun bersama Islam dan Kota Bharu Bandaraya (Islam) 
Adalah diharapkan agar semua warga kerajaan negeri, mereka yang bekerja dibawah payung kerajaan negeri dapat bekerjasama didalam usaha untuk memajukan kawasan tersebut dengan mengeluarkaan idea dan buah fikiran bagaimana untuk mencantikkan kawasan tersebut dengan perbelanjaan yang seminiman mungkin, namun ia tetap nampak cantik dan bersih!
Kepada mereka yang berada pada 'garisan' pusat pun boleh membantu jika sudi!  Pada saya Kita boleh bergabung didalam banyak perkara. Yalah alang-alang dah mahu jadi juara rakyat, bolehlah teruskan usaha menyalurkan peruntukan untuk ā€˜orang susah’ di Kelantan. Ya tak Tok Pa?
 








    Kepada MPKBBRI  fikirlah sesuatu!  Jagalah nama Islam. Sentiasalah membuat pemantauan!  Tengoklah anak buah buat kerja!  Islam  sememangnya cantik. Tetapi manusia yang mendokongnyalah yang buat Islam itu jadi buruk pada pandangan masyarakat keseluruhannya!


Comments

suka_haha said…
wah.. ad nme sy kt sini hehehe... letakla shoutmix skali kat widget hehe

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; ā€œmengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satuĀ­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)ā€ Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….

RISIKO HURU-HARA - Polis Berguru dari Penasihat 25%

 - Maklumat yang diterima daripada risikan mendapati ada pihak tertentu dan anasir asing cuba eksploitasi keadaan - "Jika  perhimpunan ini diadakan juga, ia boleh cetuskan  ketegangan, keadaan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan, malah mungkin melibatkan kehilangan nyawa." - - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar  BERSIH   sudah di Bersihkan! Berikutan kelemahan Umno dan BN didalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat diatas ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan barisan nasional mutakhir ini, pihak polis didapati terang-terangan mengikut telunjuk pihak-pihak yang berkepentingan didalam Umno BN Seperti kata ketua polis negara " Berdasarkan risikan, penilaian dan taksiran keselamatan Polis Diraja Malaysia, jika perhimpunan ini diadakan juga ,boleh cetuskan ketegangan, keadaan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan malah mungkin kehilangan nyawa " " Maklumat yang kita terima turut sahkan ada usaha oleh pihak-pihak tertentu d...