Saturday, June 19, 2010

Hujan Lebat Melindungi Kepimpinan Kelantan

           Setiap rumah ada pintu! Sekurang-kurangnya dua pintu! Pintu depan dan pintu dapur!  Bila hendak keluar kita gunakan pintu luar! Bila nak masuk juga kita gunakan pintu luar atau dipanggil juga pintu depan!
Pantang  orang tua-tua bila anak-anak mereka gunakan pintu belakang bila nak keluar dari rumah! Memang kita nampak buruk perangai bila pintu belakang digunakan sebagai saluran keluar masuk bagi sesebuah rumah!
      Tetapi malangnya tradisi ini tidak dipraktikkan oleh kepemimpinan umno negeri bila mereka 'merogol 'dan terus 'merogol' kerajaan negeri bila ada apa-apa acara anjuran kerajaan pusat di  negeri Kelantan!



   Rumah milik orang lain, tapi mereka buat macam milik sendiri... Budaya mana Umno pakai?

     
              Umno Kelantan suka masuk melalui pintu belakang! Kalau masuk pintu depan pun masuk secara sembunyi-sembunyi!   Tak ada adab! Agaknya sebab itulah rakyat Malaysia sekarang sudah hilang budaya menghormati hak orang lain! Hak orang lain dia buat seperti harta mak bapak dia! Sayang seribu kali sayang  masih ramai rakyat diluar sana masih mencium ketiak busuk pemimpin umno!

                     Umno memang ada muka yang tak malu! Umno ni faham demokrasi ke tak?
                                                  Kelantan sebenarnya siapa yang perintah?

                                               Inilah iklan perasmian oleh Umno Apco
     

               Sepanjang jalan dari Pengkalan Chepa hingga ke Stadium Najib 1Malaysia tergantung
            
Gambar-gambar diatas menceritakan segala-galannya!   Dari banner yang tergantung itu rakyat dapat menilai sikap dan budaya apa yang diamalkan oleh umno bn. Mereka tidak berpegang pada janji. 

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

 Hujan lebat dan ribut  sebenarnya dihantar oleh Allah untuk melindungi TGNA dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri yang cuba nak dimalukan oleh puak-puak Mustafa dan Najib! Allah memelihara kepemimpinan negeri dari diaibkan dengan menghantar hujan dan ribut, kerana sekurang-kurangnya kepimpinan negeri secara luarnya mempunyai alasan untuk tidak hadir pada acara Kelantan Fiesta 2010 yang jangka berlangsung dengan gilang gemilang! Allah tahu niat hati mereka!

Majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke—IV di Kota Bharu, malam tersebut  dipulaukan kerana penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

Petang 16 Jun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV pada malam 16 Jun tersebut!
Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1. (sumber)

Sebenarnya inilah pengajaran kepada sesiapa sahaja yang tidak ikhlas terhadap rakyat! Dengan Najibnya tidak memberi wang royalti, dan Tok Panya tidak menyeluruh didalam pembahagian wang ehsan kepada rakyat Kelantan. Sekadar menghebohkan tiga hari didalam akhbar lepas senyap sunyi... tak dengar lagi tentang pembahagian wang ehsan disekolah-sekolah!  Duit wang ehsan dah habis ke?

1 comment:

Abd Karim MJ said...

Salam...
kalau isu ini jadi hal.. mcm ner ek negeri2 yang BN perintah .. poster PAKATAN PEMBANGKAKNG dengan Muka sekali bertaburan di setiap pokok (jadi penunggu pokok lah pulak) tampal tu tak ada mintak permit lah pulak.. pakai tampal jer... kalau banner mcm nie kena bayar dengan majlis pebandaran adalah jugak hasil bagi kerajaan tempatan.. abis poster haram tu macam mana nak cerita ? sorry kalau terasa bukan nak mengata tapi sekadar berkata kata...salam...

Komen