Skip to main content

Mavi Marmara Diserang Israel - PM Membisu Terkedu!!!


Salam Sejahtera Untuk Semua!

       Serangan Israel keatas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Mavi Marmara sedikitpun tidak mencuit hari seorang Perdana Menteri Malaysia! Kenapa PM mengambil sikap membisu dan membatu dengan apa yang berlaku?

      Sepatutnya sebagai ketua negara, PMlah orang yang pertama memberikan kenyataaan terhadap isu-isu yang membabitkan keselamatan, sempadan dan apa tah lagi ia melibatkan sebuah                                                                                                            negara yang tidak diiktiraf oleh dunia itu!




     Apakah yang cuba disembunyikan oleh Najib dari pengetahuan umum?

Dua belas (12) rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.
Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.
Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM). (lanjut)

      Masihkah Najib nak gunakan khidmat pakar dari Israel untuk membaikpulih imej parti dan kerajaan dengan kejadian tebaru ini? Adakah demi kekuasaan mu di Malaysia kamu sanggup  buat apa saja termasuk berkawan dengan bangsa yang derhaka kepada Allah ini
   
    Bangkitlah rakyat Malaysia! Tinggalkanlah pemimpin-pemimpin yang hipokrit, zalim dan menindas. Sekarang Palestine, pada hari-hari mendatang kita tak tahu apa akan jadi kepada Malaysia, bila dah mereka campur tangan didalam pemerintahan Malaysia!

    Sekarang Israel melalui syarikat perundingan APCO telah berada di Malaysia mereka dibayar oleh kerajaan Malaysia RM77 juta untuk khidmat nasihat kepada pemulihan imej (Umno) di Malaysia!

   Dengan teknologi maklumat yang ada hari ini, hanya beberapa saat  maklumat yang ada di Malaysia boleh sampai ke US jadi apa susahnya untuk segala maklumat keselamatan Malaysia lolos keluar? Jadi keselamatan nergara kita memang tercancam dengan kehadiran mereka yang diraikan itu!

   Kenapa Najib membisu? Masih  sayangkah kepada Apco?

Apa pendapat anda?
Jangan malu untuk memberi komen anda!

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.