Skip to main content

Memang! Kamu Buat Sesuatu Sebagai Penggalak Maksiat!





"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim." [TMQ Ash-Shaff (61):7]

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir/ zalim/fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):44/45/47].





“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja. Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.


      Salah Sejahtera Untuk Semua!


       Untuk masalah diatas, kita ada satu sahaja soalan! Berapakah tempoh yang hendak diberikan kepada rumah tumpangan bayi itu beroperasi? Satu tahun? Dua tahun 5 tahun atau selama-lamanya?
      Dan mahukah kita berPM kan seorang yang  digelar anak haram? Nak tak nak kita kena akui memang gelaran itu yang sepatutnya kita berikan! Janganlan kita nak lunakkan telinga kita demi nak memenuhi permintaan segelintir pemimpin umno!
  Islam dah cukup sempurna! Tapi kita menafikannya. Halal, haram makruh, sunat, wajib, subahah, bukankah Islam menganjurkan jika perkara itu banyak yang makruh kita wajib tinggalkannya kerana dibimbangi menjadi subahah, kerana bila subahah ia akan menjerumuskan kita kepada haram! Jika sesuatu perkara itu ada kebaikan didalamnya tetapi banyak buruk dari baiknya Islam menganjurkan kita meninggalkanya?


 
Rumah untuk bayi!


    Berapa lama kah tempoh kita nak berikan kepada  Baby Hatch untuk mengumpul bayi? Disamping itu apakah tindakan yang nak dilakukan untuk mengurangkan kes-kes buang bayi? 


    Selesaikah masalah dengan terbinanya rumah untuk bayi itu? Kenapa Datuk-datuk mufti begitu kering ideal untuk mengatasi masalah seperti ini? Sepatutnya muftilah yang memberi ideal bagaimana nak mengurangkan masalah pembuangan bayi ini. Bukannya mufti mengiyakan apa yang menteri cakap!
    Habis tu selepas bayi dikumpul dan dijaga, selesaikah masalah sosial yang ada! Dalam kepala ini tidak ada lain melainkan dalam malaysia ini pastinya suatu hari nanti akan penuh dengan manusia yang berbinkan Abdullah dan mereka semua jadi pemimpin. Bukan saya bermaksud anak-anak ini menjadi jahat, tapi bukankah Islam itu menjaga nasab ketrunan. Kalaulah nasab keturunan itu tak penting takkan ada dalam Islam bab nasab keturunan dan harta pesaka!
    
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

         Memang kamu semua hantar mesej yang salah! Dalam kita dok kata zina tu haram pun anak haram berlambak inikan pula dibina rumah penyelamat bayi terbuang! Celaru dan Peninglah kepala pemimpin Malaysia ni! Inilah masalah bila kita berhukum tak ikut hukum yang Allah buat!

Kata Noh Gadut;
“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.
         Kalau macam tu dimana logik pesanan Nabi bila nak mencari pasangan?.
     Ini kerana pemilihan jodoh tidak berdasarkan apa yang dianjurkan oIeh Rasulullah s.a.w.:
   Maksudnya : "Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: 
   kerana hartanya,
   keturunannya, 
  kecantikannya  dan
  agamanya.      

  Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat      ".(Muttafaqun  Alaihi).


Nabi Muhamad syorkan pilihkan dikalangan mereka yang ada agama dahulu! Bukankah  ini menandakan asal usul keturunan itu menjadi keutamaan?
      Sesuatu perkara itu menjadi susah nak selesai bila kita cuba lari dari landasan yang diberikan Allah kepada kita. Panduan dah ada, Rasulullah dah beri panduan untuk kita ikut melalui  hadis  tapi nak lari, tak nak lalu ikut jalan dekat  nak pusing jauh.

"Dan tidak patut bagi laki-laki dan perempuan yang Muslim dan tidak (pula) bagi laki-laki dan perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berbuat kesesatan yang nyata". [TMQ Al-Ahzab :36]



    Kesimpulannya ialah Malaysia adalah sebuah negara yang banyak penjara, banyak pusat serenti, rumah orang tua,(ok lagi), dan terbaru wujudnya rumah penjagaan bayi terbuang!


 1Malaysia boleh !







Adakah muslimin dan muslimat semua setuju dengan penubuhan pusat penjagaan bayi terbuang ini? Komen 
saudara bakal mengubah pendirian kerajaan!  geram aku!!!

Comments

Unknown said…
Salam ziarah,sy sudahlinkkan blog saudara dlm kotak berita dari Follower,maaf lambat bertindak,hehe.
sibuk sikit duatigahari ni.tak perasan ada juga org yg sudi jd follower baru blog sy tu
Unknown said…
Sebagai follower blog sy anda layak terima hadiah ini,semoga ukhuah terus kekal.
ambik hadiah kat sini

http://ijoks2009.blogspot.com/2008/04/copy-code-di-bawah-dan-letakkan-kat.html

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m