Skip to main content

Berjalan kedepan, bukan kebelakang


Apakah ini mainan DBP!
Kenapa baharu?!  Tidak baru??
                  Sebelum datang permasalahan PPSMI, beberapa tahun yang lalu, ada pembaca (masih bergelar pelajar diwaktu itu) mengeluh dan bimbang dengan ejaan bahasa Melayu yang mempunyai sukukata yang panjang jika nak dibandingkan dengan bahasa Inggeris, sebagai contoh new, dalam bahasa Inggeris tiada sukukata bila menyebutnya. Tetapi ejaan dalam bahasa Melayu mempunyai sukukata,  contohnya (ejaan lama) baru – 2 sukukata, ba ru, sebagai contoh keluhan pembaca yang mengutarakan perbezaan masa dan ruang ketika menjawab kertas peperiksaan bertulis. Seperti karangan contohnya!
                Pembaca tersebut memberi  contoh seperti ruang dan masa yang berbeza jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris! Untuk membandingkan ruang dan masa yang diambil, sila klik (Jimat Ruang Dengan Ejaan BARU) untuk melihat perbezaan ruang yang digunakan antara new  dengan baru !  Kebimbangan pembaca tersebut ialah tentang jumlah perkataan yang panjang bagi bahasa Melayu jika nak dibandingkan dengan perkataan dari bahasa Inggeris. Tapi bukan isu PPSMI, yang menjadi masalah kepada pembaca itu, kerana tahun tersebut belum ada PPSMI, apatah lagi terlintas  difikiran pemimpin Melayu(UMNO) untuk melaksanakan PPSMI. Namun harus diingat, artkel ini ditulis bukan untuk menyokong projek PPSMI, tetapi untuk menolak penggunaan ejaan baharu dari diguna pakai secara meluas apatah lagi sebagai kata dasar semata-mata.
               Apa yang peliknya ialah tindakan DBP menggunapakai perkataan BAHARU, asalnya daripada 2 sukukata ditambah pula 1 lagi sukukata, dari perkataan asal baru sudah menjadi BA HA RU (3 sukukata) satu tindakan mengundur kebelakang. Kalau dengan ejaan lama  pun (baru) bahasa Melayu  memang memerlukan   ruang yang banyak untuk digunakan, jika nak dibandingkan dengan bahasa Inggeris, inikan pula baharu dengan new?! Belum lagi ditambah dengan imbuhan, kata kerja  atau kata terbitan seperti  membaharui, memperbaharui, pembaharuan (rujuk baru),cadangan saya; apa salahnya kalau kita tetap dengan menggunakan ejaan baru walaupun untuk kata terbitan, sebagai contoh membaharui – dieja membarui, memperbaharui –dieja memperbarui, dan pembaharuan – dieja pembaruan , cadangan ini adalah demi untuk mengangkat  martabat bahasa Melayu yang dipandang rendah oleh sesetengah orang-orang Melayu sendiri  sejak akhir-akhir ini. Jika masalah  baharu ini tidak diselesaikan dngan segera, maka dibimbangi akan   bertambah-tambah jadinya ruang yang digunakan untuk menulis sesuatu didalam bahasa Melayu. DBP atau PRPM tak perlu mengwar-warkan penggunaan ejaan baharu bagi menggantikan ejaan  baru. Tindakan menyebarluaaskan penggunaan ejaan baharu dimedia-media cetak menambaahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa Melayu.
           Jika dibiarkan atau ikutkan hati, tuduhan liar saya terhadap DBP ialah sudah tentu saya mengatakan bahawa DBP mempunyai agenda yang  tersirat disebalik penyebaran penggunaan ejaan baharu  tersebut sebagai niat untuk melemahkan bahasa Melayu demi untuk merealisasikan projek PPSMI menjadi kenyataan. Kepada PRPM diharap tidak berdiam diri untuk  bertindak iaitu kembali kepada penggunaan ejaan lama bagi perkataan baru untuk kata dasar. Sebagai contoh, “Ibu Salim membeli cerek letrik yang baru (tidak menggunakan ejaan baharu yng terlalu panjang) setelah cerek yang lama didapati  tidak lagi  berfungsi ”, ini  adalah cadangan saya, namun saya kira saya bukan keseorangan didalam hal ini. Diharap pembaca diluar sana dapat bersama-sama untuk menjalankan kempen untuk terus menggunakan ejaan lama iaitu baru bukan baharu. Sama-sama kita jayakan kempen ini. Diharap mereka yang berada di DBP atau PRPM turut juga bersama-sama menjayakan kempen untuk tidak menggunakan perkaataan baharu.

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.