Skip to main content

Dr Hasan Ali Hilang Arah

Hanya nampak  Pas yang salah

Hasan Ali Tegur PAS
(benarlah peribahasa orang Melayu:"Kuman diseberang nampak, tapi gajah didepan mata tak  nampak")

            Pada Rabu yang lalu (21.12.2011), saya terbaca (saya tak beli) akhbar Utusan UMNO  yang mengulas siar kenyataan Hasan Ali dengan nada  yang berpihak kepada sebuah parti yang tidak pernah disertai oleh Dato Dr Hasan sendiri walaupun beliau pernah berkhidmat dengan kerajaan  berpuluh tahun lamanya.

             Sekarang kenapa Hasan Ali  begitu galak menempelak PAS dengan nada yang amat berani sealah-olah beliau bukan ahli Pas, tetapi seumpama jurucakap UMNO, AJK UMNO, Putera  UMNO, beliau mangatakan PAS sekarang tidak lagi berada pada landasan yang betul!


Dato Dr Hasan Ali - pernah muncul sebagai Pengerusi Forum diTV1
         “Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas  ke landasan asal dan  ia sejajar dengan perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya Pas lebih cenderung mengamalkan ‘politik memenuhi kehendak rakan’ hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang dipertahankan sejak penubuhannya”, kata  Dr Hasan Ali (dipetik dari Utusan Malaysia)
      Pelik sungguh Hasan Ali ini, dia ahli Pas, komited nak perjuangkan Islam, tapi kritik Pas, sebuah parti yang satu-satunya parti yang  nak  memperjuangkan  untuk menegakkan sebuah Negara Islam, beliau sendiri mengatakan perlembagaan Pas tetap tak berubah masih seperti dulu. Sepatutnya beliau tak ‘usik’ pergerakkan Pas, tapi seeloknya Hasan Ali ‘mengusik’ lenggang lenggok Umno yang masih menolak hukum hudud, umno pernah membisu tentang ramainya orang Melayu yang  telah murtad suatu ketika dulu (Zulkifli Nordin lebih tahu- sekarang dah Dato'). Pas telah berada pada landasan yang betul, yang tidak berada pada landasan yang betul adalah Umno, Umno banyak 'mengganggu' Pas daripada menolong untuk  sama-sama membangun ‘prasarana’sebagai tiang seri untuk tertegaknya  sesuatu hukum Islam (contoh Hukum Hudud) di Malaysia.
     Contoh terdekat (nak bandingkan siapa yang Islam dan siapa  yang tak Islam – Pas atau Umno) Satu lagi perkara yang besar yang tidak nampak oleh Hasan Ali ialah kesalahan Umno tidak menerima dan sampai sekarang membisu tidak berani untuk menggubal undang-undang anti murtad dikalangan umat Islam! Kenapa? Sekarang siapa yang lebih Islam dan siapa yang tidak mengamalkan Islam?
     Saya harap Hasan Ali, atau sesiapa sahaja didalam Pas tidak lagi membuat kenyataan  dimedia  yang  boleh memberi  kelebihan politik kepada Umno. Apatah lagi media yang pro Umno. Umno adalah sebuah parti politik, dasarnya adalah sekular, sampai bila-bilapun gerakan umno adalah tetap sekular!  Kerja mereka hanyalah mencari peluang untuk menerkam jika dapat.
       Nak kata Umno mencintai Islam, menyokong HIMPUN tapi dalam bab membuat akta antimurtad masih diam dan membisu. Ya pun tidak, tidak pun tidak. Kalau betul nak cegah murtad guballah  segera  undang-undang yang menghalang umat Islam dari keluar dari agama Islam! Beranikah Umno menggubal undang-undang tersebut ! Hasan Ali cuit-cuitlah sikit orang kuat Umno! Jangan cakap berdegar-degar, kita kesian, kita sedih lihat anak Melayu, orang Melayu yang murtad, tapi pemimpin umno yang membiarkan segala punca kemurtadan kamu tak singgungpun mereka, kamu  tak tegur pun pemimpin umno tersebut!
       Dr Hasan Ali seolah-olah  nampak kesalahan Pas, tapi tak perasan Umno yang tolak Islam mentah-mentah! Seperti kata pepatah Melayu (ini sajalah yang Melayu ada- harta lain dah kena gadai  oleh pemimpin Melayu), kuman diseberang nampak (oleh Hasan Ali), gajah didepan mata tak nampak (oleh Hasan Ali)

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.