Al Fatihah kepada Dato Tan Mohd Aminuddin Ishak ............
Al Fatihah Dato Tan Aminuddin
[Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak meninggal dunia jam 8.55 pagi tadi selepas lebih seminggu dimasukkan ke Hospital Sultan Hj.Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh. Arwah juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Maran dan Exco Kerajaan Negeri Pahang (Pengerusi Jawatabkuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda). Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada 8 Jun lalu akibat cirit-birit dan muntah. Arwah kemudian ditrmpatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kompilasi penyakit lain termasuk jantung dan kencing manis. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chenor petang ini. Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak. Warga kerja Pahang Daily Online (PDO) ucapkan takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk roh arwah]

Comments