Skip to main content

Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) Bersuara:


 Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Pihak pendakwah dan asatizah telah kerap ditanya berkaiatan pandangan mengadakan pilihnaraya sewaktu musim haji, sebagai respon kepada pelbagai soalan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-
 Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu    mahkamah   besar  bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majority rakyat, tugas terbesar kerajaan atau Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen pendaftaran pengundian mesti dipermoden dan dipermudah di seluruh tanahair, rakyat yang berada di luar Negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai
Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan pengundian TIDAK BOLEH dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi berada di luar Negara sama ada mengerjakan haji atau bertugas selaku pembimbing dan pengurus Jemaah haji.

Jika pilihanraya dilakukan juga di musim haji, itu adalah suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan.
 Ini adalah kerana proses pengundian adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)


Juga Firman Allah :

وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalam sesuatu proses yang memerlukan mereka yang bermaklumat bersaksi untuk menegakkan keputusan dan keadilan, saksi tersebut diharamkan untuk enggan memberi keterangan.
Dalam konteks pilihanraya yang rakyat bertindak sebagai saksi untuk menyokong dan menolak seseorang calon yang dirasakan mampu memartabatkan keadilan dan kehamronian di dalam Negara, tindakan pihak berkuasa yang jika memutuskan pilihnaraya dibuat sewaktu musim haji adalah suatu tindakan akan dikira secara sengaja menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Jika saksi TIDAK HARUS enggan memberi penyaksian, TIDAK HARUS juga pihak ketiga menghalang saksi dari memberi penyaksian seperti sengaja membuat sesi perbicaraan di waktu saksi berada di luar Negara. Akhir sekali firman Allah mengingatkan semua yang diberikan hak dan berkelayakan memberikan penyaksian sama ada di mahkamah dan termasuk juga penyaksian di musim pilihanraya, mestilah tidak sengaja menutup kesaksian mereka dan jangan pula pihak berkuasa menutup ruang dan hak mereka, Firman Allah :
ولا تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه والله بما تعملون عليم
Mafhum : “Janganlah kamu enggan memberikan penyaksian, barangsiapa yang menyembunyikannya maka berdosa hatinya …” (Al-Baqarah : 283)


Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m