Skip to main content

Tahanan ISA diseksa ala Guantamo


TUTUP KEM KAMUNTING DAN BEBASKAN TAHANAN ISA SEGERA

 
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA TUTUP KEM KAMUNTING DAN BEBASKAN TAHANAN ISA SEGERA 07 Sya'baan 1433 bersamaan 27 Jun 2012 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kes mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan ISA bagi menuntut pembebasan mereka. Setakat ini seramai 9 orang tahanan telah melancarkan mogok lapar bagi mendesak kerajaan membebaskan mereka dari tahanan itu.



 Bagi DPPM, isu ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan implikasinya amat berat terhadap imej negara ini. Ia membabitkan hak asasi dan kerajaan bertanggungjawab mendengar segala keluhan dan permintaan tahanan terbabit. Sejak bocornya maklumat dari dalam kem bahawa ada tahanan yang diseksa ala Guantamo secara luar perikemanusiaan, ISA semakin dipertikaikan banyak pihak. DPPM bimbang kemungkinan tahanan ISA sekarang diseksa dengan modus operandi yang sama sehingga mereka terpaksa melakukan mogok lapar kerana tidak tahan lagi dengan seksaan yang mereka terima. ISA sudah diterima oleh rakyat di negara ini sebagai akta zalim yang meragut hak tahanan. Mereka dinafikan untuk perbicaraan yang adil di samping seksaan mental dan fizikal yang keterlaluan. Bahkan, kerajaan telah mengumumkan untuk memansuhkan ISA dengan digantikan dengan dua undang-undang baru di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Justeru, amat wajar bagi kerajaan membebaskan tahanan itu sekarang tanpa ada apa-apa syarat dan tekanan.

 Apa yang dibimbangi sekiranya ada tahanan yang melancarkan mogok lapar ini menderita sakit atau mati semasa dalam tahanan. Sudah tentu kes ini nanti akan lebih rumit dan sukar bagi kerajaan menjawab isu ini diperingkat antarabangsa. Oleh itu, DPPM mendesak supaya kerajaan tidak berdolak dalik lagi dengan terus menutup kem tahanan di Kamunting dengan segera dan membebaskan kesemua tahanan di dalamnya serta merta. Tidak ada gunanya kerajaan ‘bermain politik’ dengan rakyat dengan pengumuman menghapuskan ISA tetapi Kem Kamunting masih beroperasi seperti biasa manakala tahanan di dalamnya tidak dibebaskan. Disediakan oleh; RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia


Dewan Pemuda Pas Pusat

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m