Skip to main content

HUDUD - Awang Adek Jangan Jadi Batu Api

Berkaitan Dengan Kerjasama Pas dengan DAP

Ahmad Fadhli Bin Shaari berkata, "DPPNK menasihatkan Awang Adek agar jangan berlagak dalam isu hudud ini. Jangan menjadi batu api yang menyebabkan salah faham di kalangan non muslim terhadap hukum hudud. Hakikatnya hudud hanya akan dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan. Hanya tangan pencuri sahaja yang akan dipotong dan itupun jika cukup syarat dan kadarnya. Dalam hal ini, ada kemungkinan jumlah RM80,000.00 contohnya sudah mencukupi untuk dipotong tangan sekiranya disabitkan kesalahan".

 Kata Ahmad Fadhli lagi, Awang Adek banyak menempelak Pas sebagai musuh politik beliau, tetapi Awang Adek sendiri tidak sedar  Umno sendiri tidak menerima hudud yang Allah rakamkan didalam Al Quran selama setengan abad Umno memerintah,"Dalam pada Awang Adek mempertikaikan kerjasama PAS dengan DAP yang didakwa menolak hudud, adakah UMNO tidak menolak hudud? Dan sekiranya UMNO tidak menolak hudud, kenapa pula ia masih gagal dilaksanakan sekalipun sudah separuh abad usia kemerdekaan negara?

Terima kasih Ahmad  Fadhli....




Datuk Dr Awang Adek


Seumpama dua sejoli yang berkasih sayang, hubungan Pas dan Dap dicemburui oleh Umno sehinggakan awang Adek dan juga seluruh ahli Umno iri hati terhadap kemantapan kerjasama antara Pas dan Dap,

"Di dalam kenyataan yang disiarkan oleh Sinar Harian Isnin 30 Julai itu, Awang Adek mempersoalkan tindakan PAS yang masih bersama dengan DAP sekalipun katanya DAP menentang pelaksanaan Islam termasuk hukum hudud. Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali lagi mempersoalkan di mana pula pendirian UMNO di dalam isu hukum hudud ini? Sedarkah Awang Adek bahawa ADUN UMNO daripada Johor, Datuk Ayub Rahmat daripada DUN Kemelah sendiri yang mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor dan cadangan ini disifatkan oleh Presiden MCA sebagai 'hilang akal'? Kenapa Awang Adek tidak mengulas sikap pemimpin utama UMNO yang membisu seribu bahasa ketika ADUN UMNO sendiri dihina sedemikian rupa oleh pemimpin MCA?"

 Awang Adek masih terikat dengan pemikiran yang dibawa oleh penjajah bila beliau berkata apa-apa yang berkaitan politik, itu adalah permainan Pas, ini menjelaskan lagi bahawa memang didalam Umno politik suku  dan agama adalah suku, kalau politik luar masjid, ia boleh di mainkan semahu-mahunya, walau  kotor macam mana pun tak apa, kerana itu adalah politik,
"Namun Awang Adek sendiri sewaktu mengulas ketegasan YAB Menteri Besar Kelantan bahawa PAS akan memperjuangkan hudud telah menyifatkan bahawa cadangan ini sebagai mainan politik semata-mata. Kenyataan Awang Adek ini disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada hari Jumaat 27 Julai 2012".

 Ahmad Fadhli Bin Shaari, "dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan bahawa kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mempersoalkan kerjasama politik di antara PAS dengan DAP sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyelubungi dirinya. Ini berikutan segala dakwaan yang dinyatakan oleh Awang Adek tersebut merupakan dakwaan yang rapuh dan tidak sesuai dengan taraf dirinya sebagai seorang Timbalan Menteri di peringkat kerajaan pusat".

Tidak seperti pemimpin Umno, Pas tetap menyokong perkara baik walaupun ia datang dari cadangan Umno, tetapi tidak Umno bila didalam isu hudud, pendirian mereka jauh berbeza, "sedarkah Awang Adek bahawa YAB Menteri Besar Kelantan sewaktu diminta respon oleh wartawan terhadap cadangan ADUN Kemelah tersebut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada UMNO Johor? Begitu juga dengan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang memberikan jaminan untuk bekerjasama sekiranya Johor ingin melaksanakan hudud. Semua ini merupakan respon yang cukup positif terhadap cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Kemelah tersebut"




Kata Ahmad Fadhli lagi, Awang Adek patut malu untuk berbiacara tentang hudud, ini kerana  beliau sendiri turut terpalit dengan skandal penyalahgunaan wang, "Awang Adek sewajarnya menumpukan perhatian kepada isu-isu peribadi yang membaluti dirinya terlebih dahulu sebelum membuka mulut mempertikaikan kerjasama politik PAS dengan DAP. Di mana jawapan Awang Adek dalam isu hubungan beliau dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong dan skandal percetakan RM2 sebanyak 100 juta. Awang Adek juga perlu terlebih dahulu menjelaskan menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau ketika beliau menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010. Jika Awang Adek lupa, DPPNK mengingatkan bahawa dua keping  Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau pada 6 Disember 2010 daripada sebuah syarikat yang berkepentingan seperti yang didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dua minggu lepas"

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m