Skip to main content

Tok Guru Pondok Pembohong!

         Perlukah kita  layan Tok Guru Pondok yang macam ni?
                    (lawak seorang guru pondok)



      Kesian kepada Guru Agama ni, agaknya berapa ribu la dia dapat daripada 'pendedahan' yang beliau buat itu untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz? Benci sangatkah dia kepada Tok Guru sehinggakan tak sempat dia tunggu TGNA turun dari kekuasaannya. Kenapa  sibuk dengan Tok Guru pula? Kenapa  tidak bercakap pasal Najib yang menghalalkan judi tu atau bakal MB kelantan dari Bachok tu yamg telah mencadangkan judi bola sepak.
    Sampai hati dia kata Tuan Guru Nik Aziz tak cukup perkakas untuk jadi Tok Guru. Inilah contohnya orang yang dia pandang seseorang itu dari luarnya saja. Agaknya dia ingat TGNA pergi ke India tu makan angin kot? Sampai dia tuduh TGNA sebagai wahabi. Dalam bab meyambut maulidur rasul TGNA tidak kata itu salah atau tak boleh menyambutnya, tetapi sikap kita orang Islam berarak maulidurrasul lebih hebat daripada sembahyang lima waktu, berarak bagai nak rak tapi dalam masa yang sama hina Nabi! Tak ikut Nabi. Itu yang TGNA bimbang dan tak sokong! Bukan tak boleh sambut maulidurrasul.
   Macam sekaranglah... baru baru ini ketika sambut maulidurrasul.. Najib ada, Senator dari Bachok pun ada sambut maulidurrasul tapi lesen judi lulus juga! Ketika berarak tu apa kamu kata? Apa ikrar kamu!  Pastu orang mcam ni cukup kakas(perkakas) ke  pokcik oii? Bukankah Muhamad itu pesuruh Allah. Dia penerang seluruh alam? Bukan kah Nabi Muhammad itu junjungan kita? HAbis tu yang Najib junjung lesen judi tu apa hal. Cukup kah perkakas Najib tu? Cukupkah perkakas Awang Adek tu nak jadi MB?

    Kenapa tak pasal-pasal nak dilaga-lagakan  dengan Nasharudin dan Tuan Guru Haji Hadi  pulak? Peliklah Tok Guru pondok  Geting, Tumpat ni!
   Malulah sikit .. kalau dah kita cukup kakah(perkakas) gak  ikutlah sekali mengajar agama! Orang agama tak hentam orang agama! Ini Guru Pondok apa ni?
  Mengikut kata Tok Guru Pondok ni TGNA ni cuma Ustaz jah! Memanglah mula-mula ustaz, lama-lama bila dah pandai agama hasil dari mengajar dan berforum jadi pandai dan naik label la.Dari segi istilah apalah sangat ! Tok ialah panggilan untuk orang tua. Guru orang yang suka mengajar...! Apa yang kau dengki sangat dengan Tok Guru ni?  Orang ramai yang angkat dia sehingga digelar Tok Guru! Bagi menyangkal dakwaan tersebut disini diperturunkan apa yang TGNA ada;
                                
                                        
 Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh Lahir : 1931

Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India.

Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab.

Sarjana Perundangan Islam
   
     Kita harap Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa'mah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat celik luas-luas dan lihatlah apa yang ada pada TGNA yang melayakkan dia mendapat title Tok Guru!
    Ingat ilmu kalau diperap tidak disampaikan ianya menjadi berkarat dan lama-lama akan hilang,  jadi janganlah cemburu dengan TGNA kerana beliau hari-hari sepanjang hidupnya makan ilmu, tidur ilmu pagi ilmu  sebab itu dia layak menerima gelaran Tok Guru. Bukan mengumpat macam Guru Pondok Tumpat!
 
N
 

Comments

Jejari Sholehah said…
Smoga tuan guru tue dicelikkan hati menilai kebenaran!

skrg peribadi TGNA diserang hebat untuk menjatuhkan beliau. Isu kecil diperbesarkan,diputarbelit. Doakan smoga beliau dan umat Islam dijauhkan dari fitnah agar Dakwah dan perjuangan dapat terus dilakukan..

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m