Skip to main content

Berbuka Puasa - Setalam Sekali Hadap

Ramadhan 1433 telahpun berada dipertengahan, iaitu maghfirah, juga disebut fasa keampunan segala dosa dari Allah kepada yang beramal dimalam hari nya, dengan taddarus(membaca Al Quran beramai-ramai di Masjid), qiamulai, membaca Al Quran (dirumah sendirian), banyakkan solat malam.

Namun yang paling meriah di bulan Ramadhan ini ialah majlis berbuka, dimana-mana pun kita pergi berbuka adalah satu kemeriahan yang tak disangkal lagi akan kemeriahannya dengan pelbagai juadah yang disediakan.



Di Malaysia banyak masjid-masjid yang menyediakan majlis berbuka puasa, dengan harapan dapat meramaikan lagi jemaah yang akan solat maghrib bersama-sama.

Saudara Ezani  - Orang Kuat Dapur Masjid Darul Ehsan
Kenapa Berbuka di Masjid?

Tak ramai agaknya yang sanggup berbuka di Masjid jika diri mereka dikelilingi nafsu yang mengganas. Kerana di masjid tak ada pilihan dan tiada juadah yang beranika jenis, yang ada kurma  dan air kosong dan nasi bertalam makan bersama dengan jemaah lain seramai 4 orang.

Cara makan tersebut adalah sunnah nabi. Banyak kelebihannya makan setalam beramai-ramai!
Subang Jaya, Masjid Darul Ehsan, menyediakan makanan untuk majlis berbuka puasa pada setiap hari disepanjang bulan Ramadhan ini disamping moreh. Difahamkan pada hari yang ke15 Ramadhan ini, pihak Masjid Darul Ehsan juga akan menyedia majlis bersahur untuk jemaah.

Setiap hari Masjid Darul Ehsan memperuntukkan  perbelanjaan sebanyak RM5,000 untuk setiap majlis berbuka puasa  sahaja, dengan kapasiti hidangan sebanyak 150 talam. Satu talam 4 jemaah.

Sesiapa yang suka kepada cabaran dan lain dari berbuka puasa secara tradisi di rumah boleh datang mentarbiyah diri di MDE bermula dengan berbuka puasa disana!



Memang seronok dan terasa diri adalah bukan hak milik sendirian berhad. Diri kita adalah hak milik Allah.
Perasaan untuk bermegah dengan kekayaan yang kita ada bila berbuka dihidangkan dengan pelbagai juadah kuih dan segala jenis air boleh dilenyapkan demi nak mengajar nafsu yang ada didalam diri. Itulah tarbiyah!

Sedikit atur cara berbuka di Masjid Darul Ehsan;

1.Sebelum Azan dikumandangkan, tempoh 15 minit sebelum berbuka, jemaah dihidangkan dengan tazkirah Ramadhan,  oleh ustaz yang dijemput khas yang memang disediakan setiap tahun,

2.Setelah masuk waktu berbuka, bilal akan melaungkan azan, jemaah berbuka puasa hanya dengan kurma dan air mineral yang disediakan. Kemudian terus solat maghrib.

3.Selepas Solat Maghrib hidangan nasi pula disediakan- makan bersama-sama

4.Selepas selesai makan nasi majlis ilmu disambung semula  oleh Ustaz yang telah menyampaikan tazkirah diawal majlis sebelum berbuka tadi.

5. Majlis ilmu akan berlangsung sehinggalah masuk waktu Isyak.

6. Akhir sekali solat tarawih

Comments

Ingin berbuka puasa bareng kawan-kawan

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m