Wednesday, June 23, 2010

Anak DiLuar Pernikahan Perempuan Lelaki dua-dua Berdosa!

Tak sangkakan..selama ni kita asik dengar dalam TV dalam berita dan Internet, kes pembunuhan anak luar nikah, buang anak, seks bebas dan sebagainya...tapi bila terjadi pada 'sahabat' itu.. kes tu didepan mata kita plak..apakah yg anda akan terasa?? bagaimana nak bantunya?

"Tolong kak, Ct (Bukan nama sebenar) tak tau dah nak buat apa...tak semudah tu akak, beranak tanpa ayah, Ct taknak anak nie jadi mcm Ct, lepas tu Ali (Bukan Nama Sebenar) telepas mcm tu saja dan mungkin akan buat plak dgn org lain, Kak tau tak Ct nyesal sangat kenal Ali , kerana sayang kat die, beribu-ribu duit Ct habis tanggung makan minum dia selama nie, tak semudah tu Ct akan lepaskan die kak. Ikutkan hati Ct, Ct nak buat report ayah pada anak nie gak, bukan Kak tak leh ke tolong sikit? memang lah duduk di rumah kebajikan tu 'molek' tapi bg Ct tak semudah itu kak.."

Time ni 'sahabat' tu sms saya.. luahkan perasaan dia. Ape yang saya boleh nasihatkan just pergi ke rumah kebajikan.. Ali tu dah lari sebenarnya..tidak bertanggungjawab! Ni lah budak muda mudi sekarang... belum sedia nak kawen, tapi dari segi batin gile dah sedia..bila dah terlajak tau awek pregnant tak nak bertanggungjawab.. Yang awek plak ditinggalkan sorang2 sambil tgh mabuk tak tau nak buat ape.. "Cemane lah ko nak cover perut nanti??" anak dalam perut tu langsung tak bersalah..Mak bapak die yang gile bersalah... Dayusnya lelaki jenis ini...

Kalau dua-dua tak rela takkan jadi macam nie..."sekarang..kau tanggung lah akibatnya"... Sebelum ni saya dah nasihat kat dorang ni..jaga tingkah laku.. jaga hubungan tu elok2, ada batas2nya.. "nak kawen cakap! Family kau ada yg support kan?" Ishkkk tak faham saya budak2 ni..

Dapat tahu dah 'ter pregnant'..

Tup-tup...Nasi dah jadi bubur....duit melayang..body tergadai.... sekarang nak mintak tolong saya plak? ape yg saya boleh tolong? *simpan kau elok2 dlm bilik aku ni? bela skali ngan perut kau tuh? hohoo...tak sanggup2..kita tiada kaitan..maupun hubungan kekeluargaan..* Saya dah nasihat dia yang mane terbaik.. lagi pun umur masih muda baru 18thn.. so eloklah tinggal di rumah kebajikan.. "bg kau tu petunjuk hidayah.. anak tu diserahkan pada keluarga angkat kalau ayahnya masih tidak mahu bertanggungjawab tapi tak dpt lah ber bin/binti kan nama ayahnya sesudah di lahirkan nanti"..*sedeynyer pada baby yg tak besalah tuu..*

Pregnant kali kedua..

Yang paling menyedihkan saya baru tahu Ct ni pregnant kali ke dua.. yang first sudah digugurkannya dengan minum 'air putik nenas' *Gile Kau! membunuh!* kes nya si Ali paksa gugur kan anak tu.. Jahat mcm binatang kau si Ali ni! baik lagi binatang tak silap aku..mau juga ada yg lindung anak2 dia dari dibaham musuh!...* Ct ada jugak lar ceritakan pada saya, Ali nak dia gugur kan lagi kandungan kali kedua ni...siap kene tumbuk dan tendang lagi.. Gila dayus dan jAhat lelaki jenis macam ni... *Aku jumpa kau Ali, takkan aku maafkan seumur hidup aku!! sumbat kau dlm kubur terus! bg rasa Api & Azab Allah Taala*

Indahnya...

Bercinta memang lah indah.. semuanya rela berkorban, tapi sampai ke tahap manakah cinta itu??? sehinggakan body pun tergadai??? Masyaallah.. *Insaflaa...* dan saya juga insaf dgn story nie... bercinta biarlah berwaspada.. sayang macam mana skali pun.. maruah family harus dijaga.. Dosa dan Allah Taala mesti diingati selalu... Nauzubillah...

artikel asal - Be A Good And Shut Up

Video Kes Pengguguran Bayi (Sebenarnya jika bayi tu boleh bercakap dia pun malu untuk teruskan hidup)

Tambahan:-
            Kepada remaja lelaki dan perempuan ingatlah dosa, takutlah api neraka yang boleh menhancurkan batu bata menjadi cecair apatah lagi badan manusia. Didalam neraka bila penghuni neraka itu dahaga dan diberikan air minuman yang panas menggelegak dan penghuni neraka itu minum menjadikan badannya hancur lebur dan tentulah merasai kesakitannya dan tubuh itu bercantum kembali  dan dahaga lagi minum lagi dan begitulah seteruskan sehinggalah penghuni itu dikeluarkan dari neraka itu  jika ada sebesar zarah iman dihati mereka. Tapi sanggupkah kita meminum air yang mendidh diatas dunia ini? Kalau tak sanggup meminum air yang mendidih diatas dunia hari ini jangan sekali-kali melakukan sebarang dosa diatas dunia ini. Berbekallah untuk akhirat. Buatlah kebaikan! Hindarilah mukadimah zina! Bertemu dua lelaki dan perempuan adalah mukadimah zina. Islam awal-awal lagi melarangnya. Tapi remaja sekarang bukan mukadimah tapi live zina sangggup lagi melakukannya!

    Pesanan Ikhlas Untuk Remaja Perrempuan!

           Kepada adik-adik remaja perempuan usahlah silau mata dengan keseronokan dunia yang hanya sedkit sahaja. Contohnya seronok membonceng motor dengan mat motor, itu cuma sedikit sahaja seronoknya!
Usahlah bosan membantu ibu didapur, kerana itu boleh membantumu esok untuk mengikat hati suami mu jika kamu berkahwin nanti! Jika ibuc membebel bukan kerana mereka benci tapi kerana mereka sayangkan anda, agar kamu nanti menjadi anak yang berjasa! Janganlah silau mata dengan hadiah yang tidak seberapa dari seorang kawan lelaki tak kiralah kamu dah lama kenal atau baru kenal! Kerana lelaki memang banyak fikir untuk mendapatkan sesuatu. Mungkin pada mulanya dia memang ikhlas, terapi bila terdesak atau hatinya dah berubah skrip meraka akan berubah. Atau mungkin mereka tesinggung diatas sesuatu sikap mereka sanggup melakukan perkara yang diluar batasan agama! Ingat ! kerana satutus sebagai isteri lagikan boleh bercerai inikan pula baru berkawan.
   Akhir sekali kepada remaja perempuan , jaga diri, jaga maruah diri, jaga maruah agama ,jaga maruah agama! Jangan malukan mak bapa! Waspada dengan semua lelaki walaupun saudara kandung lelaki!



    

1 comment:

y@n@ M!B said...

mintak dijauhkan dari sifat ni...amin~

Komen