Sunday, June 20, 2010

Pilihan Dr Asri Menyertai Umno Adalah Salah!

Salam Sejahtera Untuk Semua!

 Pada pandangan saya ramai orang yang terkejut  dengan pilihan Dr Mohd Asri Zainal Abidin memilih Umno sebagai wadah perjuangan beliau. Tak tahu apa yang beliau nampak ada didalam Umno sehinggakan beliau buat pilihan itu! Agaknya cerita-cerita yang diputarkan sejak 1999 dulu (isu Anwar) tidak sampai ketelinga beliau atau mungkin beliau tak percaya dan mahu merasainya sendiri bila berada didalam tong taik tersebut. Agaknya mampukah DrAsri membasuh tong taik yang dah melimpah keluar itu bersama-sama ulamak-ulamak lain?



Contoh taik yang dah melimpah keluar ialah:

1. Lesen Judi Bola   -  Saya cabar Dr Asri selesaikan segera melalui kenyataan akhbar  - dengan nada    mengatasi PM  - katakan salah  jika ia salah walaupun dihadapan pemimpin yang zalim!

2. Pertuduhan liwat keatas DSAI adalah haram kerana tidak mumpunyai bukti mengikut hukum syarak

3. Katakan dengan Lantang bahawa kerajaan sekarang banyak membazir!

4. Katakan dengan Lantang bahawa  isteri-isteri menteri wajib menutup aurat!





KUALA LUMPUR, 19 Jun – Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO, Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.
“Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada UMNO, kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan UMNO yang lebih cemerlang,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.
Ab Rauf yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan UMNO lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”
Menyentuh mengenai perkembangan syiar Islam, beliau berkata, buat pertama kali di dalam sejarah mulai Perhimpunan Agung UMNO, Oktober ini, perwakilan akan menggunakan kemudahan bersolat Jumaat di PWTC. Urusan itu sudah diatur dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menyediakan khatib mulai minggu depan.

Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu memuji usaha UMNO Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai UMNO.
“Saya berkawan dengan ulama ini sudah lama, tetapi tidak pernah saya dapat ajak mereka libat diri di dalam perjuangan (secara langsung di dalam parti) ini.
“Saya rasa kalau 100 ulama ini dapat kita terjemah sebagai 100 kekuatan luar biasa di dalam UMNO, Pas tidak akan tidur lena.” -MediaUMNO

Nota -

         Saya nak kata kepada Tok Shahidan Kassim  la... ooo jadi selama ni hang ingat pemimpin-pemimpin Pas terutamanya tidur la ! Pemimpin umno memang tidur (rakyat tak jaga). Salah banyak la tok oi. Saya bangga dengan pemimpin pas kerana mereka insyaAllah setakat ni dekat dengan Allah! Saya terkejut dengan pilihan Dr Asri menyertai umno, tetapi tidak pelik! Mungkin beliau ada strategi yang tersendiri! Seperti DSAI dulu. Cuci dari dalam! Cuci dari dalam memang bergelumang dengan najis dulu tok ooi! Kalau ada najis mughalazah uumm letih la nak menyamak!


komen anda?
silakan!...

No comments:

Komen