Skip to main content

Buat Isu atau Cerita - Memang sikap dan ajaran Yahudi (Itulah yang umno belajar)

Salam Sejahtera  Untuk Semua!

      Pening, Sawan, Gila babi semuanya penyakit yang dialami rakyat Malaysia dan juga pemimpin pembangkang!
Pemimpin bn umno tidak mengidap penyakit seperti yang tersebut diatas kerana mereka adalah kalis penyakit tersebut! 

Pening sebab banyak sangat masalah yang dibuat oleh umno bn, sawan kerana geram yang teramat sangat terhadap pemimpin umno yang tak faham  Islam, judi pun boleh halal, gila babi kerana pemimpin umno bebal tak memahami isu  yang rakyat hadapi!
Tapi umno bn tidak menghidapi penyakit seperti diatas, cuma,


     Mereka cuma menghidapi beberapa penyakit yang pelik, bomoh pun tak boleh ubat, iaitu gila kuasa, gila judi gila duit! Inilah penyakit  yang dialami oleh pemimpin bnumno dari dulu kini dan selama-lamanya!
Rakyat menjadi pening dengan isu yang direka dan termasuk isu betul( negara muflis) menjadikan rakyat pening (bagi rakyat yang mengikuti isu-isu dalam negara la). Bagi rakyat yang masih tidur dengan tilam bernama mentor, af dan nama-nama hiburan lain masih senang lenang, tidur mereka nyenyak dan boleh mimpi jumpa ariel lagi!
       
1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.

5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.

6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.

7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.

8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.

9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.

11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.

Kenyataan dari no 1 hingga 11 adalah penyataan yang dikeluarkan oleh Dr Maza dari blog beliau. Untuk bacaan penuh boleh terus keblog Dr Maza


Dengan bermacam-macam isu yang ada di Malaysia waktu ini dah cukup memuakkan rakyat terhadap bn. Inilah yang sebenarnya umno, wajah hipokrit terhadap rakyat! Apa yang pelik ialah gendang dipalu mengatakan pihak pembangkanglah yang banyak bermain politik! Tapi yang sebenarnya umno bnlah yang mencipta isu dan pembangkang terpaksa jawab sesuatu isu tersebut. Tapi pembangkang dituduh banyak berpolitik! Inilah sikap hipokrit yang umno belajar dari sahabat karib mereka iaitu yahoodi!

Agaknya bila la rakyat Malaysia akan merasa nikmat hidup selesa, bila bangun pagi nak kepejabat tak payah fikir tentang masalah negara nak muflis, tak payah fikir tentang selamat ke duit rakyat dalam kwsp,dalam tabung haji, selamatkah anak aku di IPTA (didakwa ada jemaah JI)

Mungkin akan tercapai impian tersebut bila keraajaan Islam mengambil alih teraju pemerintahan negara Malaysia? 

Harapan saya terhadap impian tersebut amat tinggi., ianya memerlukan sokongan rakan-rakan diluar sana yang masih berbelah bahagi! Ayuhlah  kawan yang mempunyai mata hati tingkatkan kefahaman kita terhadap kepimpinan Islam agar Malaysia tidak menjadi haru biru dan celaru!
******
Letakkan komen anda!
Sekurang-kurangnya ada tindakbalas dari adik-adik diluar sana

Comments

aki net said…
Salam,
Setuju dengan N3 ini.....

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m